Aceh 26 Dis 2004,kronologi secebis pengalaman Syafarini antara 18 pelajarMalaysia yg terselamat.
Pagi itu tenang,sunyi,ye lah pagi hari minggu.Tak ada aktiviti kuliah padapagi-pagi cuti.Selalu nya lepas solat subuh pelajar² biasa nya membacaAlquran,berwirid,mentelaah kitab²,menyiapkan tesis sambil duduk depan pclaptop,mencuci pakaian dan mengemas rumah.
Pagi itu sibuk mengemas pakaian,membersihkan bilik rumah pelajar diKompleks Ruzi,Jln Tengku Diblang,Banda Aceh kedudukan nya lebih kurang 3hingga 4 km daripada persisiran pantai.Sambil asyik melipat pakaian dan mendengar lagu drp laptop kawan,lagu nyapulak lagu "Balik Kampung" dendangan Allahyarham Sudirman,cukup menyentuhhati hai lama tak balik kampung,terasa la rindu nak balik.Hari raya baru nipun memang tak balik kampung.Rindu benar nak main dengan anak-anak saudara,Syairah,Syafiqah,Zikry,Hareez,Syahmi,Zufayri, terhibur dan terkenangsatu persatu wajah-wajah dan kenakalan deme tu.Tapi apakan daya tuntutan menuntut ilmu mengatasi segala-galanya demimemenuhi cita-cita yang tersemat di lubuk hati.
Lebih kurang jam 7 am lebih atau dekat²jam 8 pagi keadaan sekeliling terasaberayun-ayun,terbuai-buai.Kitab-kitab dan buku-buku nota jatuh daripadarak.,dibetulkan kembali..lalu jatuh balik.Eh kenapa ni,apa yang tak kena ni? pening ke ni? atau?.?Haa ye lah gempa bumi ni.,memang ada kawan pernah bagi tahu yang Aceh biasadilanda gempa bumi 2,3 thn lepas.tapi kini aku merasakannya sendiri la.Kedengaran kat luar rumah org hiruk pikuk bunyi suara kawan kawanbertempik,gempa bumi,..gempa bumi..keluarr..keluar dari rumah...!!
Masa tu hanya terlintas nak capai passport,hp dan tudung kepala.lari keluardan duduk di luar rumah.Tanah terus bergoyang-goyang,bukan setakat bergegarkecik anak tapi betul-betul bergoyang goyang kiri dan kanan sama macam naikbuaian besi ditolak orang waktu tu.Pening kepala tak stabil tak tahu nak cakap la.Tak dapat nak berdiri langsung waktu tu.,yang boleh hanya dudukmencangkung.Nampak jelas ada tanah yang terbukak,merekah luas,ternganga macam nak telansi anak derhaka je gaya nya.Cukup kalut,cemas dan panik sungguh tak pernah rasa sebelum ni.Bekalan letrik terputus,talian handphone tidak berfungsi sama sekali.
Gerak bumi bergempa terus menerus lebih kurang hingga 20 minit,fikiran takmenentu waktu tu.,rasa macam mimpi pun ada.Perasaan terkejut menyelubungi hati,betul ke gempa bumi ni?
Bila gerak gempa bumi mulai reda seketika,aku masuk balik rumah,kemaskanbalik almari dan peralatan rumah yang dah jatuh jatuh.Dalam pada masa dokasyik kemas balik buku buku dan almari tu,dengar lagi sekali jeritan orangramai kat luar tu..air naik..air naik..,air naik..! laricepat..keluar..keluar dari rumahhh!!Tersirap darah dan tergamam dengar tempikan orang kat luar tu,terus jecapai 1 beg kecil yang dalamnya passport,sedikit duit rupiah dengan tanganyang terketar-ketar akibat panik dan terkejut yang luar biasa benar tu.
Rupa nya aku dah ditinggalkan oleh kawan-kawan yang lain,rupa nya aku yangterakhir sekali keluar dari rumah tu.,langsung tak nampak kawan-kawanse-kampus,se negara.hilang lesap entah ke mana mereka tu.sampai hatitinggalkan aku sorang diri-detik hati kecil ni.sayu sebak kejap masa tu.Terus lari ikut arah penduduk kampung tu lari,nampak mereka menuju kemasjid.! Ya Masjid Jamek Al-Unshiah yang dikenali dengan sebutan masjidseribu tiang tu.Dalam masa yang sama jeritan amaran dan suara-suara menyuruh kami lekasberlari yang keluar drp mulut pak polisi jelas di gegendang telingani.Merasa la juga kena jerkah dan hamun drp sorang pegawai polisitu.."goblok kamu..!kenapa lambat sangat berlari?? mahu mati yaa..! taknampak air bah besar tu??!!-dia juga dalam keadaan termengah mengahmencukupkan langkah seribu nya.
Sesampai je kat masjid tu,memang orang kat situ dah beratus-ratus bilangannya,keadaan cukup sesak berhimpit-himpit.Semua muka-muka tak kenal,rasaterasing sangat.Air mata ku dah mula mengalir,hiba sesangat.Mana la kawankawan dan orang yang aku kenal?Nampak satu kawasan ruang bawah tangga,terus je duduk kat situ ambil tempatberlindung.,gempa terus datang balik.lagi sekali kepala pening dan macamnak kena migrain pun ada.Seingat waktu tu dekat pukul 9 pagi.Masa tu harapan dan kekuatan berdoa kepada Allah terasa berlainan sangatdrp hari hari biasa.Tak ada apa lagi ayat2 bacaan doa,hanyasemacam Allah bersaksi di depan ku.,aku bersaksi kepada Nya.Datang kekuatan berdoa.."Ya Allah tolonglah tunjukkan pada hamba denganorang yang ku kenali kat sini.."-Terpancang satu sumber kekuatan yang entah dari mana sumber nya dalam doa itu.
Tak semena-mena kaki terasa nak cuba naik ke atas ruang masjid,rupa2 nyakat situlah dapat berjumpa dengan sekelompok kawan-kawan perempuan kuserumah dan pelajar pelajar satu negara.Semua wajah wajah muram,sedih,terkujat,terkejut,terlopong.yang gelak tawar2pun ada datang menerjah pada ku.,sambil berpeluk menenangkan antara satusama lain yang jelas masing-masing tak reti nak berkata apa apa.Tapi yangpasti hampir semua kawan2 ku menangis.
Ruang masjid cukup sesak sampai aku tak ada ruang nak duduk.hanya berdirije sambil menangis senyap-senyap.Bunyi tangisan,teriakan,ratapan kat dalam masjidi dah macam pesta sapa yangpaling kuat je laku nya.Satu persatu suara terdengar "ratus dahtewas,ratus2 dah mati.dah jadi korban air naik pak"".
Bunyi air bah menyapu bumi Aceh seperti bunyi guruh.,se iring dengan bunyisuara sayup2 mintak tolong,bunyi suara kanak2 panggil ibu mereka.,suarawanita dan lelaki tua makin lama makin tak dengar lagi dah.Orang lain waktutu tak ada dah ingat dan sempat nak tengok orang lain lagi..semua nya nafsinafsi.
Gambaran kiamat betul-betul depan biji mataku.! Kiamat dah start ke ni??Takut bukan kepalang.kecut bukan main.Nampak ada yang terkincit bincitdalam masjid,bauan hancing pun ada,rupa nya ada yang terkecing dalam seluarsebab ketakutan tahap maksimum menerpa.
Dicelah suasana kelam kabut dan hiruk pikuk tu,ada seorang ustaz atau pakimam masjid tu mula memegang mikrofon dan memasang pembesar suara yangbekalan elektrik nya dijana daripada sumber generator,mententeramkan orangramai,minta semua bertenang..ingat pada Allah Ta'ala.sejurus lepas tu paki mam mula..
mengalunkan zikir kalimah ..Lailah haillaLah? Lailah haillaLah? LailahhaillaLah? Lailah haillaLah?..Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..AstaghafirulLahala'zim? AstaghafirulLahala'zim?AstaghafirulLahala'zim?..SubhanalLah? SubhanalLah? SubhanalLah?Dan bermacam-macam bunyi munajat yang terhambur keluar drp para pendudukyang lari berlindung kat masjid jamek Al-Unshiah tu takhenti-henti,..kadang-kadang kuat..kemudian perlahan..diselangi dengan suarasayu mendayu yang cukup menusuk kalbu sesiapa sahaja yang ada disitu.Tetiba je rasa masa tu nak bertaubat nasuha terpa kat hati ni.""YaAllah hamba ni banyak lalai dan dosa,ampunilah diri ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha menerima ampun.Ampuni lah hamba yang lemah dantak terdaya ini.Siapa lah hamba di sisi Mu."
Terdetik masa tu aku nak isikan zikir lataif yang aku terima baiah drpmurshid kat surau Jerlun yg abgLie bawakkan aku dulu.Jarang isi dan amalkan sebab sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja metelaahdi samping ibadah rutin yang lain.Masa tu sedang asyik dalam kewaridan nur zikirullah latifatul qalbi 5000tu,terlintas semacam nak hantar mesej kat abgLie kat Malaysia.ni kalauabgLie dapat tangkap perkabaran cara ruhani drp adik dia ni,elok jugani.tak lah deme risau kat sana.Kurang-kurang pun dapat keluarga kat sanamendoakan keselamatanku kat siniIngat masa tu pukul 10 pagi lebih.
Dalam pada doa dan orang ramai berzikir tu, bumi terus bergerak gempa,mataorang-orang dalam masjid tu tertumpu satu haa ye..kat kubah masjid tu.Kalaula jatuh ke bawah, memang mati terbunuh serta merta la jawab nyamenhenyakkan tubuh2 manusia yang ada di antara nya sedang cedera parah dibawa masuk akibat terpelanting ditolak air masa bah datang menerjah kampungtadi.serba salah dibuat nya aku..nak keluar masjid air bah laut lajumelanggar,nak duduk dalam masjid,kubah nya pulak macam nak goyang danruntuh je.aku lari keluar di satu kawasan lapang di sudut yang tak dilanda air bah bagi menenangkan perasaan.
Dengan tak semena-mena nampak segerombolan manusia yang lari drp satu arahlagi menuju ke arah kami di masjid,melompat pagar masjid mencari tempatperlindungan.masa tu aku berlari sama untuk masuk ke dalam masjidbalik.,waktu dalam berhimpit2 masuk ke ruang pintu utama masjidberkriuk-kriuk bunyi tulang manusia patah masa berebut2 tu.sempat aku capaitangan seorang kawan ku yang jatuh masa berebut masuk tu,nasib baik dia takjadi mangsa dipijak oleh ratusan kaki2 manusia yang cemas dan panik itu.Kaki kanan ni dan terasa perit akibat dilanggar oleh seorang penduduktempatan,masa tu betul2 kena keraskan semangat,memang kena ada sikitperasaan nafsi-nafsi,kalau tidak memang nahas menimpa bagi yang lembik danpatah hati pada waktu tu.
Tengahari-mula lapar,kawan-kawan lelaki mula mencari bekalan air untuk kamiminum,keadaan kami pelajar perempuan memang lemah sangat,sebab terkejut dantak menjamah apa-apa makanan dari pagi tadi.
Pelajar lelaki keluar setelah air bah mulai surut.Pekedai dan peniaga dahtidak lagi berurus niaga barang2 runcit mereka,semua nya dah bersedekahmembantu mangsa-mangsa bencana pada hari itu.Dapatlah kami beberapa botol air mineral,sedikit biskut kering dan beberapabungkusan maggi makan kering untuk alas perut buat bekalkan tenaga balik.Datang seorang perempuan tua kepada ku mintak sekerat maggi kering kata nyanak dibagikan kepada anak nya yang kelaparan,dengan titisan air mata kuhulurkan sebahagian nya walaupun kita sendiri lapar?tak sampai hatikecilku?
Mayat-mayat manusia dan binatang berselerakan,darah-darah sana sini,adayang putus tangan,ada yang bebola mata nya tersembul,ku terpandang jugamayat seorang kakak usia nya,di mana rambut panjang nya tersangkut padapagar rumah dan tak sempat lari mati di situ juga dilanggar air bahtsunami,tubuh tertusuk kayu dan atap-atap zink.Jasad² manusia leper bawahruntuhan² batu bangunan.Terhidu bauan darah yang hanyir,tak pernah ku hidu pun sebelum ini.Pada mula nya memang seram dan ngeri nak toleh pun,tapi lama kelamaan kugagahkan tengok juga.
Bermalam di satu kawasan lapang berbumbungkan langit beralaskanplastik,memang tak dapat nak lelap sepicing pun,kawan-kawan sebelah adayang dah mengigau,tak dapat nak tidur,perasaan libang libu sebab gegaranmasih selang seli datang menggempa.
Hari ke 2 keadaan sedikit kurang cemas,dah boleh balik rumah.Keadaan rumah memang mengejutkan.palitan tanda air bah terlihat nampakmelepasi kayu gelegar bumbung rumah.almari tonggang terbalik,cermin mejatercampak keluar,Cuma satu keadaan yang agak aneh.Al-quran yang biasa akubaca selepas solat terapung-apung atas tilam tanpa basah walau sikit pun.!Maha suci Allah yang memelihara mukjizat Rasul Nya.!
Terngiang-ngiang kat telinga drp penduduk setempat selepas kejadian bencanatu yang baru melanda semalam.,bahawa ada sekumpulan tentera Indonesia yangberpengkalan di sekitar Banda Aceh yang buat konsert berhampiran makamseorang waliyullah Syeikh Al-Unshiah (kalau tak silap saya),kumpulan ituditegur oleh seorang pakkiyai di situ,tetapi dibalasi dengan ugutan muncungpistol oleh salah seorang drp mereka yang sedang bergembira di situ.Lalu pak kiyai itu memberi amaran,hati hatilah kalian semua,tunggulah tidaklama lagi.Entahlah.tak berani saya nak buat apa-apa persepsi.
Syukurlah semua pelajar Malaysia dilindungi Allah dan terselamat dalamkejadian yang maha dahsyat pada kami dan rupa-rupa nya terjadi juga olehsebahagian penduduk di negara-negara lain.,kami tak menjangka kansebegitu.sangka kami di Aceh sahaja.
Seorang pelajar lelaki yang saya panggil Own,.(Sharul Anwar Idris-drpKedah) menceritakan dan mengadu yang dia pagi tu memang tak sedap hatilangsung.serba serbi tak kena.malam tu buat tahajud tak kena,bertadarus takkena,telaah kitab rasa tak selesa.memang luar biasa sungguh malam tadi,"dahnak mati aku ni kut"?-kata nya seorang diri pada masa tu.Tak sangka tanda-tanda itu merupakan isyarat awal mereka bakal berhadapandengan peristiwa bencana yang tak di duga itu.
Kami kumpulan pelajar Malaysia mula berlepas ke Medan pada hariRabu.,menaiki pesawat TUDM C130-Hercules.Daripada masjid Al-Unshiah,berdekatan Institut Agama Islam Negeri(IAIN)-Banda Aceh,kami menaiki pikap kecil yang digunakan sama untuk membawamayat-mayat untuk menuju ke Lapangan Terbang Iskandar Muda Aceh.Terasaduduk di bandar zombie.Habis baju jubah ku melekat bauan mayat.
Terasa sayu dan sebak sungguh tak terkata sewaktu kami meninggalkan BandaAceh.Terasa ingin sama sama turut tinggal merasai penderitaan penduduk2 disitu.Mata insan mana yang sanggup menatap tubuh bayi yang comel,se comelanak anak saudara ku yang sedang rancak bermain,..kini kaku dengan keadaantubuh yang ada di antara nya luka dan cacat anggota jenazah nya,terbayangimbasan anak-anak kakak dan abang ku di kepala.Tampak wajah-wajah memohon simpati drp kami.Apa daya kami?Antara mereka ada yang tahu kami rakyat Malaysia,tentu saja akan pulangbersama sama keluarga tercinta,bebas drp belenggu derita yang sedang merekatanggung itu,bertapa bertuah nya kami.Mungkin itu yang sedang mereka ngomelkan di sudut sanubari mereka.Di Medan kami ditempatkan di pejabat konsulat Malaysia.
Selamat tinggal tanah Aceh dan penduduk nya yang pernah aku kenali,menjadijiran-jiran ku setahun yang lalu.Selamat tinggal tempat ku menuntut ilmu Allah ini,ustaz ustaz ku,pensyarah2ku,kawan-kawan warga Aceh yang pernah ku kenal,mungkin ada yang dah kembalimenemui Ilahi dalam bencana ini.
Di sinilah tempat aku memahami cabaranjalan fi sabililah,erti jihad yang sebenar.Aceh,memberi aku seribupelajaran,sejuta makna guru kepada ku.Mungkin daku akan kembali ke sini,entah kan bila?Salam rindu tanah Aceh...
/* Ambil iktibar dari amaran Allah.
Maha suci Allah yang telah mengambil kembali para ilmuan Islam dari muka bumi ini.. */
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment